TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 86)
Berhijrah ke Australia (5)
Awfa macam ada sesuatu nak cakap. Dia berumur 9 tahun di pengujung tahun 2011. Cuti sekolah panjang tidak lama lagi akan sampai sempena musim panas di Australia.
"Abah, I haven't asked anything from you. I really miss my cousins and my grand mother. I want to go back to Malaysia. Please."
Inilah suara Awfa pada ketika itu. Saya terkedu juga. Kalau boleh saya nak dia belajar di Australia sampai kakak dia tamat belajar di Wollongong. Kualiti pendidikan di Austalia memang antara terbaik di Dunia.
Saya banyak berfikir. Akhirnya kami membuat keputusan untuk kembali semula ke Malaysia. Mungkin fasa bagi menetap di Malaysia sudah sampai. Tinggal di negara luar memang menarik & juga mencabar tetapi tinggal di negara senditi pun menarik & mencabar. Kami membuat persiapan bagi pulang ke Malaysia di hujung tahun 2011.
Di antara aktiviti terakhir kami ialah menaiki bot meninjau ikan paus di muara Sydney. Pada mulanya, cuaca agak baik. Bila berada di tengah laut sikit, tiba2 cuaca bertukar mendung. Angin bergerak laju. Ombak bergelora. Saya muntah teruk. Ikan paus hanya dapat dilihat sipi-sipi sahaja. Bila sampai di rumah, saya terus tidur. Mabuk laut yang luar biasa. Pengalaman ini masih tersemat kemas.
Kami semua sampai di Malaysia di bulan Disember 2011. Kami kembali di rumah lama kami di Gombak. Awfa dapat masuk sekolah Adni di tahun 2012. Saya pula hanya teruskan trip saya antara KL & Dubai hampir setiap 2 minggu sekali. Tidak perlu lagi terbang 8 jam bagi sampai ke Sydney dan 1 jam keretapi untuk sampai di rumah di Wollongong.
Apakah ada pada tinggal dan bekerja di luar negara? Banyak sekali kebaikan. Antaranya, anda boleh membuat tanda aras bagi diri sendiri. Anda menjadi insan bertanda aras.
(Foto saya dan Awfa di tengah hutan di Bidor bagi bercuti bersama keluarga di bulan Disember 2020).
Siri terbang bersama MDB dah sampai siri 86. Adakah anda ingin saya teruskan siri ini atau anda ingin siri yang lain pula? Saya duk fikir nak tulis tentang "Saya dan analisa data raya dan A.I" yang banyak mengubah diri & cara fikir saya sejak 2015 atau "Siri Kembara Kerjaya MDB".
Saya menanti komen anda.
MDB